KESAN EKONOMI DARIPADA PENANAMAN
GETAH DAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DI TANAH MELAYU
KESAN EKONOMI
i.
KESAN POSITIF
1. Perkembangan Ekonomi
Menjelang akhir abad
ke 19 ciri-ciri ekonomi moden Tanah Melayu telah muncul.
Teras ekonomi Tanah
Melayu adalah berlandaskan perkembangan perusahaan bijih
timah dan getah. Kedua-dua
bahan ini merangkumi 47 % daripada keseluruhan
pendapatan Negara.
2.
Mengetin Makanan
Perlombongan bijih timah telah
menyumbang kepada pendapatan negara. Hasil
pendapatan tersebut telah digunakan
untuk menyediakan pelbagai kemudahan
sosial seperti kemudahan perhubungan,
kesihatan dan pelajaran. Oleh itu, taraf
hidup rakyat bertambah baik.
Penglibatan pihak British secara
besar-besaran hanya berlaku pada awal abad
ke-20. Pemodal Eropah telah mendapat
sokongan daripada kerajaan British untuk
melibatkan diri dalam aktiviti
perlombongan bijih timah selain mempunyai modal
yang besar. Pemodal Eropah mula
menguasai perlombongan bijih timah akibat
kaedah perlombongan bijih timah yang
memerlukan modal yang besar. Menjelang
tahun 1937, pemodal Eropah telah
menguasai lebih daripada 70% pengeluaran
bijih timah di Tanah Melayu.
Selain itu, pengenalan ekonomi kapitalis
telah menyebabkan Tanah Melayu
mengeksport barangan keluaran tempatan ke luar
negeri. Oleh kerana Tanah
Melayu mempunyai bahan mentah telah memberikan ruang besar
untuk
menjalankan aktiviti pengeksportan. Bijih timah menjadi eksport utama
bagi Tanah
Melayu. Secara tidak langsung, bijih timah telah menjadi sumber
pendapatan
utama di Tanah Melayu.
Bukan itu sahaja, kebangkitan industri
bijih timah dijana oleh kebangkitan dalam
industri mengetin makanan.
Sebelum penggunaan tin, proses yang dipelopori
oleh Nicolas Appert (1749-1841) boleh mengawet makanan untuk jangka masa
yang lama menggunakan botol kaca, tetapi kaca itu mudah pecah dan tidak boleh
digunakan sekiranya dibawa semasa perjalanan yang lasak seperti ekspedisi
tentera.Dalam tahun 1810, Peter Durand menemui cara mengawet makanan
menggunakan bekas diperbuat daripada besi yang disalut dengan timah.
Malangnya, kimpalan plumbum yang digunakan untuk memeteri tin boleh
mengakibatkan
keracunan plumbum sekiranya plumbum dilarutresapkan ke dalam
makanan tersebut.
Kematian 128 orang dalam pengembaraan diketuai John
Franklin ke kawasan Artik
dalam tahun 1845 disebabkan oleh keracunan plumbum
dan mengakibatkan anggota
ekspedisi menjadi gila. Kelemahan ini diatasi dengan
menggunakan bahan pateri
yang tidak menggunakan plumbum.
John Hall bersama Peter Durand menyempurnakan proses ini
dan berjaya
mendapatkan kontrak besar membekalkan makanan ditinkan kepada tentera
British dan Tentera Laut DiRaja British. Kejayaan ini meledakkan permintaan untuk
timah. Proses mengetin makanan membolehkan makanan disimpan dengan lebih
lama,
sehingga bertahun-tahun lamanya, tanpa kemudaratan dalam rasa makanan
yang
ditinkan. Proses mengetin makanan membolehkan pasukan tentera dibekalkan
makanan
untuk ekspedisi yang lebih lama dan jauh.Dalam tahun 1812, Thomas
Kensett
mengasaskan pusat mengetin tiram, daging, buah-buahan dan sayuran
di New
York. Dia mempatenkan teknik baru yang lebih
pantas dan efisien di mana
proses mengetin boleh disiapkan dalam masa 6 jam
sahaja.
Penduduk Britain di zaman Ratu
Victoria kini lebih mewah disebabkan faedah yang
diperolehi dengan Revolusi Perindustrian dan juga penghantaran balik kekayaan
yang
diperolehi oleh penjajah British ke atas tanah jajahannya
di Asia, Afrika dan Amerika. Rakyat biasa menuntut untuk mendapatkan
bekalan
makanan yang murah, dengan berkepelbagaian dan berkualiti tinggi, yang
sebelumnya hanya dinikmati oleh pihak aristokrat dan lapisan atasan, dan boleh
disimpan untuk
jangka masa yang lama. Mereka kini tidak perlu ke pasar setiap hari
untuk
mendapatkan bahan segar.Permintaan ini menjana kebangkitan syarikat
seperti Nestlé, Heinz dan lain-lain dan membolehkan pembekalan barangan
berkualiti dan murah kepada kedai-kedai runcit untuk dinikmati oleh rakyat
biasa dari
semua lapisan masyarakat. Ledakan ini menyebabkan lonjakan
permintaan
untuk timah yang digunakan untuk proses mengetin makanan
dan lain-lain bahan.
3.
Perkembangan
Jalan Raya
Sebelum
jalan raya dibina, penduduk di Tanah Melayu menggunakan denai sebagai
sistem
penghubungan darat. Jalan raya yang dibina Tanah Melayu pada peringkat
awal
bertujuan untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan
pertanian
dengan stesen kereta api. Kereta api pula akan mengangkut hasil bumi
tersebut
ke pelabuhan untuk dieksport.
Antara
jalan raya yang dibina pada peringkat awal ialah jalan raya yang
menghubungkan
Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban. Apabila penggunaan
kenderaan bermotor
meningkat pada awal kurun ke-20, kereta, lori, dan bas mula
digunakan secara
meluas. Rangkaian jalan raya mula digunakan secara meluas.
Selain
menghubungkan kawasan pengeluaran bahan mentah dengan pelabuhan,
jalan raya
juga dibina untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-
bandar kecil.
Menjelang tahun 1939, terdapat satu jaringan jalan raya yang
menghubungkan
seluruh Tanah Melayu. Rangkaian kereta api bertujuan untuk
memudahkan
pentadbiran British di Tanah Melayu. Oleh itu, rangkaian jalan raya ini
tertumpu di kawasan yang terdapat kepentingan ekonomi British seperti di pantai
barat
Semenanjung Tanah Melayu.
4.
Perkembangan
Landasan Kereta Api
Pada ahkir
kurun ke-19, kerajaan British telah memperkenalkan perkhidmatan
kereta api di
Tanah Melayu. Landasan kereta api yang pertama menghubungkan
Taiping dan Port
Weld (Kuala Sepetang).
- Perkembangan Pembinaan Landasan Kereta Api Fasa
Pertama
(1885-1896)
Fasa
pertama pembinaan landasan kereta api memperlihatkan pembinaan untuk
memenuhi
keperluan perlombongan bijih timah. Beberapa
landasan kereta api
dibina untuk menghubungkan kawasan-kawasan , iaitu
dari Taiping ke Port Weld
(Kuala Sepetang), dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham
(Pelabuhan Klang),dari
Seremban ke Port
Dickson, dari Ipoh dan Batu Gajah ke Teluk Intan (Teluk Intan).
-
Perkembangan Pembinaan Landasan Kereta
Api Fasa Kedua
(1897-1909)
Pembinaan
landasan kereta api pada jangka waktu ini memperlihatkan tujuannya
untuk
menghubungkan kawasan utara dengan selatan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
Matlamat ini diberi keutamaan berikutan langkah kerajaan British
menggabungkan
negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang dalam
Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1896.Landasan kereta api juga dibina
hingga ke Seberang
Perai di utara dan Johor Bahru di selatan Semenanjung Tanah
Melayu. Landasan
kereta api juga dibina berikutan keperluan ekonomi yang
meningkat, akibat
daipada kepesatan perusahaan bijih timah dan getah.
Perkhidmatan kereta api
juga dibina untuk memudahkan pentadbiran kerajaan
British. Pada tahun 1903,
kerajaan British menubuhkan Kereta Api Negeri-negeri
Tanah Melayu Bersekutu.
-
Perkembangan
Pembinaan Landasan Kereta Api Fasa Ketiga
(1910-1931)
Selepas British berjaya meluaskan pengaruhnya
ke Negeri-negeri Melayu Utara
(melalui Perjangjian Bangkok 1909) dan juga
negeri Johor, landasan kereta api mula
dibina unutk menghubungkan setiap
negeri. Dalam jangka masa itu, semua negeri di
Semenanjung Tanah Melayu telah
dihubungkan dengan landasan kereta api, kecuali
negeri Terengganu. Perkhidmatan
kereta api kini telah menjadi pengangkutan awam
bagi penduduk Tanah Melayu.
Jaringan jalan kereta api di Malaysia.
5. Perkembangan Bandar Baru
Pertumbuhan bandar baru telah muncul pada
abad ke-20. Manakala perkembangan
bandar secara pesat telah bermula pada
sekitar pertengahan abad ke-19.
Perkembangan bandar berlaku dari jumlah
penduduk, keluasan kawasan
petempatan, aktiviti ekonomi dan pentadbiran. Selain
itu, kemunculan petempatan
baharu juga terlibat dengan menjadi asas kepada
kelahiran bandar baru. Bandar-
bandar baru telah muncul di kawasan perlombongan
bijih timah akibat
perkembangan perlombongan bijih timah. Antara bandar-bandar
baharu yang
muncul ialah Lukut, Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban. Perladangan
getah juga
telah menyumbang terhadap perkembangan bandar baharu di Tanah Melayu
pada
kurun ke-20. Antara bandar-bandar baharu yang muncul ialah Taiping dan
Teluk
Anson.
6. Perindustrian dan Permodalan
Tanah Melayu merupakan sebuah nagara yang
kaya dengan bahan mentah. Oleh
itu, Tanah Melayu telah menjadi Negara pengeluar
utama bahan mentah. Akibatnya
perkembangan perindustrian di Tanah Melayu adalah
berkait rapat dengan
pemprosesan bahan mentah untuk tujuan pengeksportan.
Antara perindustrian yang
utama ditubuhkan adalah bertujuan pengeksportan ialah
perusahaan perlaburan
bijih timah dan perusahaan getah. Pelabur-pelabur Eropah
telah mengeluarkan
modal yang tinggi untuk mamajukan sector perlombongan bijih
timah dan
perladangan getah. Pada tahun 1881, Syarikat United Engineers KL telah
memulakan kegiatan perindustrian dengan membina kapal kecil dan memperbaiki
kapal. Syarikat tersebut telah membina korek untuk sektor perlombongan dan
mesin
untuk pemprosesan gatah. Pada tahun 1887, perindustrian pelaburan bijih
timah
telah dibina bagi melebur bijih timah. Antaranya ialah Straits Trading
Company yang
ditubuhkan di Teluk Intan dan Butterworth. Di Pulau Pinang juga
telah dibina
perindustrian peleburan bijih timah yang menjadi hak milik Eastern
Smelting
Company. Di samping itu, pelabur dari Negeri-Negeri Selat khususnya
pelabur Cina
juga telah membuat pelaburan dalam sektor perlombongan bijih timah
dn
perladangan gatah. Industri berasaskan getah seperti membuat kasut dan
barangan
berasaskan getah juga telah diwujudkan. Perkembangan perindustrian
tersebut
adalah disebabkan Tanah Melayu merupakan negara yang kaya dengan bahan
bijih
timah dan getah.
Seterusnya, terdapat juga perindustrian lain
digerakkan seiring dengan
perkembangan perindustrian bijih timah dan getah.
Antaranya ialah perindustrian
pemprosesan kelapa yang mengeluarkan minyak
kelapa, perusahaan nanas dan
perindustrian kelapa sawit yang mengeluarkan
minyak kelapa sawit. Terdapat juga
perindustrian kapas yang dijalankan oleh
golongan petani Melayu. Namun begitu,
perindustrian tersebut tidak memberikan
impak yang besar terhadap ekonomi Tanah
Melayu. Penggunaan kapas untuk kegunaan
tempatan, pengeluaran dalam skala
kuantiti yang kecil dan penglibatan orang
Melayu secara persendirian dan
sampingan telah menyebabkan perindustrian tersebut
tidak mendapat sambutan
dalam kalangan para pemodal.
7. Keluasan Ladang-ladang Getah
Perkembangan
industri berasakan getah telah menyebabkan keluasan ladang-
ladang getah telah
meningkat dari 168,000 ekar dalam tahun 1907 ke 1,230,000
ekar pada tahun 1922.
Pada tahun 1919, eksport getah Tanah Melayu telah
mencapai hampir separuh
daripada eksport getah dunia. Ini telah menjadikan Tanah
Melayu sebagai salah
sebuah negara pengeluar utama getah asli dunia. Ladang-
ladang getah telah
banyak ditanam di bahagian barat Tanah Melayu dan
buruh-buruh yang hampir 80
peratus adalah terdiri daripada kaum India. Berikutan
itu, jumlah orang-orang
India di Tanah Melayu bertambah daripada 119,000 orang
pada tahun 1901 ke
470,181 orang dalam tahun 1921. Pada tahun 1921, penduduk kaum India di Tanah Melayu adalah 14.2
peratus daripada jumlah penduduk Tanah
Melayu. Menjelang tahun 1921, jumlah
penduduk Cina dan India hampir sama
dengan jumlah penduduk Melayu. Masyarakat
Cina telah menghadapi masalah
sosial disebabkan bilangan kaum lelaki melebihi
kaum wanita. Kebanyakan dari
orang-orang Cina dan India yang berhijrah ke Tanah
Melayu untuk bekerja adalah
terdiri daripada kaum lelaki. Mereka telah
meninggalkan keluarga dan isteri di asal
negara mereka.
Ladang getah di Tanah Melayu.
8. Kemunculan
Sistem Dwiekonomi
Sektor pertanian tradisional
seperti penanaman padi dan penangkapan ikan tidak
diambil berat oleh British.Pertanian tradisional yg diamalkan oleh orang Melayu
terus ketinggalan dan berbentuk sara diri sahaja. Muncul sistem dwiekonomi di
Tanah Melayu yang terdiri daripada kegiatan ekonomi moden yang berlandaskan
eksport di Bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskan pertanian sara diri
di
kawasan luar Bandar.
9. Peluang
Pekerjaan
Perkembangan
perusahaan bijih timah dan getah telah menyediakan peluang
pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada aktiviti ekonomi dan
pembinaan infrastruktur di kawasan Bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih
timah dan
getah.
ii.
KESAN NEGATIF
Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu
tidak menjadi seimbang. Negeri-negeri
pantai barat seperti Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang menjadi kaya
kerana kegiatan perlombongan bijih
timah berbanding dengan negeri-negeri di
pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.
Hal ini demikian kerana di negeri-negeri
tersebut British telah membina
Infrastruktur yang lengkap. Pahang yang mempunyai
keadaan geografi, masalah
pengangkutan, kekurangan infrastruktur dan galian yang
berharga terus merosot. Terengganu dan Kelantan yang tidak mempunyai potensi
bijih timah dan getah. Ketinggalan dari aspek perkembangan ekonomi.