Sunday, September 21, 2014

Kesan Ekonomi daripada Penanaman Getah dan Perlombongan Bijih Timah di Tanah Melayu


KESAN EKONOMI DARIPADA PENANAMAN GETAH DAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DI TANAH MELAYU


     KESAN EKONOMI

    i.              KESAN POSITIF 

      1.    Perkembangan Ekonomi
           Menjelang akhir abad ke 19 ciri-ciri ekonomi moden Tanah Melayu telah muncul.

      Teras ekonomi Tanah Melayu adalah berlandaskan perkembangan perusahaan bijih 
      timah dan getah. Kedua-dua bahan ini merangkumi 47 % daripada keseluruhan
      pendapatan Negara.

                 2.    Mengetin Makanan
Perlombongan bijih timah telah menyumbang kepada pendapatan negara. Hasil  
pendapatan tersebut telah digunakan untuk menyediakan pelbagai kemudahan 
sosial seperti kemudahan perhubungan, kesihatan dan pelajaran. Oleh itu, taraf 
hidup rakyat bertambah baik. 
Penglibatan pihak British secara besar-besaran hanya berlaku pada awal abad 
ke-20. Pemodal Eropah telah mendapat sokongan daripada kerajaan British untuk 
melibatkan diri dalam aktiviti perlombongan bijih timah selain mempunyai modal 
yang besar. Pemodal Eropah mula menguasai perlombongan bijih timah akibat 
kaedah perlombongan bijih timah yang memerlukan modal yang besar. Menjelang 
tahun 1937, pemodal Eropah telah menguasai lebih daripada 70% pengeluaran 
bijih timah di Tanah Melayu.

Selain itu, pengenalan ekonomi kapitalis telah menyebabkan Tanah Melayu 
mengeksport barangan keluaran tempatan ke luar negeri. Oleh kerana Tanah 
Melayu mempunyai bahan mentah telah memberikan ruang besar untuk 
menjalankan aktiviti pengeksportan. Bijih timah menjadi eksport utama bagi Tanah 
Melayu. Secara tidak langsung, bijih timah telah menjadi sumber pendapatan 
utama di Tanah Melayu.
           
           Bukan itu sahaja, kebangkitan industri bijih timah dijana oleh kebangkitan dalam    
           industri mengetin makanan. Sebelum penggunaan tin, proses yang dipelopori 
           oleh Nicolas Appert (1749-1841) boleh mengawet makanan untuk jangka masa  
           yang lama menggunakan botol kaca, tetapi kaca itu mudah pecah dan tidak boleh 
           digunakan sekiranya dibawa semasa perjalanan yang lasak seperti ekspedisi 
           tentera.Dalam tahun 1810, Peter Durand menemui cara mengawet makanan  
           menggunakan bekas diperbuat daripada besi yang disalut dengan timah. 
           Malangnya, kimpalan plumbum yang digunakan untuk memeteri tin boleh 
           mengakibatkan keracunan plumbum sekiranya plumbum dilarutresapkan ke dalam 
           makanan tersebut. Kematian 128 orang dalam pengembaraan diketuai John 
           Franklin ke kawasan Artik dalam tahun 1845 disebabkan oleh keracunan plumbum 
           dan mengakibatkan anggota ekspedisi menjadi gila. Kelemahan ini diatasi dengan  
           menggunakan bahan pateri yang tidak menggunakan plumbum.

            John Hall bersama Peter Durand menyempurnakan proses ini dan berjaya 
mendapatkan kontrak besar membekalkan makanan ditinkan kepada tentera 
British dan Tentera Laut DiRaja British. Kejayaan ini meledakkan permintaan untuk 
timah. Proses mengetin makanan membolehkan makanan disimpan dengan lebih 
lama, sehingga bertahun-tahun lamanya, tanpa kemudaratan dalam rasa makanan 
yang ditinkan. Proses mengetin makanan membolehkan pasukan tentera dibekalkan 
makanan untuk ekspedisi yang lebih lama dan jauh.Dalam tahun 1812, Thomas 
Kensett mengasaskan pusat mengetin tiram, daging, buah-buahan dan sayuran 
di New York. Dia mempatenkan teknik baru yang lebih pantas dan efisien di mana 
proses mengetin boleh disiapkan dalam masa 6 jam sahaja.


Penduduk Britain di zaman Ratu Victoria kini lebih mewah disebabkan faedah yang 
diperolehi dengan Revolusi Perindustrian dan juga penghantaran balik kekayaan 
yang diperolehi oleh penjajah British ke atas tanah jajahannya 
di Asia, Afrika dan Amerika. Rakyat biasa menuntut untuk mendapatkan bekalan 
makanan yang murah, dengan berkepelbagaian dan berkualiti tinggi, yang 
sebelumnya hanya dinikmati oleh pihak aristokrat dan lapisan atasan, dan boleh 
disimpan untuk jangka masa yang lama. Mereka kini tidak perlu ke pasar setiap hari 
untuk mendapatkan bahan segar.Permintaan ini menjana kebangkitan syarikat 
seperti Nestlé, Heinz dan lain-lain dan membolehkan pembekalan barangan 
berkualiti dan murah kepada kedai-kedai runcit untuk dinikmati oleh rakyat biasa dari 
semua lapisan masyarakat. Ledakan ini menyebabkan lonjakan permintaan 
untuk timah yang digunakan untuk proses mengetin makanan dan lain-lain bahan.

                3.    Perkembangan Jalan Raya
Sebelum jalan raya dibina, penduduk di Tanah Melayu menggunakan denai sebagai 
sistem penghubungan darat. Jalan raya yang dibina Tanah Melayu pada peringkat 
awal bertujuan untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan 
pertanian dengan stesen kereta api. Kereta api pula akan mengangkut hasil bumi 
tersebut ke pelabuhan untuk dieksport.

Antara jalan raya yang dibina pada peringkat awal ialah jalan raya yang 
menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban. Apabila penggunaan 
kenderaan bermotor meningkat pada awal kurun ke-20, kereta, lori, dan bas mula 
digunakan secara meluas. Rangkaian jalan raya mula digunakan secara meluas.

Selain menghubungkan kawasan pengeluaran bahan mentah dengan pelabuhan, 
jalan raya juga dibina untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-
bandar kecil. Menjelang tahun 1939, terdapat satu jaringan jalan raya yang 
menghubungkan seluruh Tanah Melayu. Rangkaian kereta api bertujuan untuk 
memudahkan pentadbiran British di Tanah Melayu. Oleh itu, rangkaian jalan raya ini 
tertumpu di kawasan yang terdapat kepentingan ekonomi British seperti di pantai 
barat Semenanjung Tanah Melayu.

                4.    Perkembangan Landasan Kereta Api
Pada ahkir kurun ke-19, kerajaan British telah memperkenalkan perkhidmatan 
kereta api di Tanah Melayu. Landasan kereta api yang pertama menghubungkan 
Taiping dan Port Weld (Kuala Sepetang).

                     -       Perkembangan Pembinaan Landasan Kereta Api Fasa Pertama 
                          (1885-1896)
Fasa pertama pembinaan landasan kereta api memperlihatkan pembinaan untuk 
memenuhi keperluan perlombongan bijih timah. Beberapa  landasan kereta api 
dibina untuk menghubungkan kawasan-kawasan , iaitu dari Taiping ke Port Weld 
(Kuala Sepetang), dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang),dari  
 Seremban ke Port Dickson, dari Ipoh dan Batu Gajah ke Teluk Intan (Teluk Intan).

                     -       Perkembangan Pembinaan Landasan Kereta Api Fasa Kedua 
                          (1897-1909)     
           Pembinaan landasan kereta api pada jangka waktu ini memperlihatkan tujuannya     
           untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan Negeri-negeri Melayu 
           Bersekutu. Matlamat ini diberi keutamaan berikutan langkah kerajaan British 
           menggabungkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang dalam  
           Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.Landasan kereta api juga dibina 
           hingga ke Seberang Perai di utara dan Johor Bahru di selatan Semenanjung Tanah 
           Melayu. Landasan kereta api juga dibina berikutan keperluan ekonomi yang 
           meningkat, akibat daipada kepesatan perusahaan bijih timah dan getah. 
           Perkhidmatan kereta api juga dibina untuk memudahkan pentadbiran kerajaan 
           British. Pada tahun 1903, kerajaan British menubuhkan Kereta Api Negeri-negeri 
           Tanah Melayu Bersekutu.
                      -        Perkembangan Pembinaan Landasan Kereta Api Fasa Ketiga 
                            (1910-1931)
           Selepas British berjaya meluaskan pengaruhnya ke Negeri-negeri Melayu Utara 
          (melalui Perjangjian Bangkok 1909) dan juga negeri Johor, landasan kereta api mula 
          dibina unutk menghubungkan setiap negeri. Dalam jangka masa itu, semua negeri di 
          Semenanjung Tanah Melayu telah dihubungkan dengan landasan kereta api, kecuali 
          negeri Terengganu. Perkhidmatan kereta api kini telah menjadi pengangkutan awam 
          bagi penduduk Tanah Melayu.

 
       Jaringan jalan kereta api di Malaysia.
                5.    Perkembangan Bandar Baru
Pertumbuhan bandar baru telah muncul pada abad ke-20. Manakala perkembangan 
bandar secara pesat telah bermula pada sekitar pertengahan abad ke-19. 
Perkembangan bandar berlaku dari jumlah penduduk, keluasan kawasan 
petempatan, aktiviti ekonomi dan pentadbiran. Selain itu, kemunculan petempatan 
baharu juga terlibat dengan menjadi asas kepada kelahiran bandar baru. Bandar-
bandar baru telah muncul di kawasan perlombongan bijih timah akibat 
perkembangan perlombongan bijih timah. Antara bandar-bandar baharu yang 
muncul ialah Lukut, Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban. Perladangan getah juga 
telah menyumbang terhadap perkembangan bandar baharu di Tanah Melayu pada 
kurun ke-20. Antara bandar-bandar baharu yang muncul ialah Taiping dan Teluk 
Anson.

                6.    Perindustrian dan Permodalan
Tanah Melayu merupakan sebuah nagara yang kaya dengan bahan mentah. Oleh 
itu, Tanah Melayu telah menjadi Negara pengeluar utama bahan mentah. Akibatnya 
perkembangan perindustrian di Tanah Melayu adalah berkait rapat dengan 
pemprosesan bahan mentah untuk tujuan pengeksportan. Antara perindustrian yang 
utama ditubuhkan adalah bertujuan pengeksportan ialah perusahaan perlaburan 
bijih timah dan perusahaan getah. Pelabur-pelabur Eropah telah mengeluarkan 
modal yang tinggi untuk mamajukan sector perlombongan bijih timah dan 
perladangan getah. Pada tahun 1881, Syarikat United Engineers KL telah 
memulakan kegiatan perindustrian dengan membina kapal kecil dan memperbaiki 
kapal. Syarikat tersebut telah membina korek untuk sektor perlombongan dan mesin 
untuk pemprosesan gatah. Pada tahun 1887, perindustrian pelaburan bijih timah 
telah dibina bagi melebur bijih timah. Antaranya ialah Straits Trading Company yang 
ditubuhkan di Teluk Intan dan Butterworth. Di Pulau Pinang juga telah dibina 
perindustrian peleburan bijih timah yang menjadi hak milik Eastern Smelting 
Company. Di samping itu, pelabur dari Negeri-Negeri Selat khususnya pelabur Cina 
juga telah membuat pelaburan dalam sektor perlombongan bijih timah dn 
perladangan gatah. Industri berasaskan getah seperti membuat kasut dan barangan 
berasaskan getah juga telah diwujudkan. Perkembangan perindustrian tersebut 
adalah disebabkan Tanah Melayu merupakan negara yang kaya dengan bahan bijih 
timah dan getah.

Seterusnya, terdapat juga perindustrian lain digerakkan seiring dengan 
perkembangan perindustrian bijih timah dan getah. Antaranya ialah perindustrian 
pemprosesan kelapa yang mengeluarkan minyak kelapa, perusahaan nanas dan 
perindustrian kelapa sawit yang mengeluarkan minyak kelapa sawit. Terdapat juga 
perindustrian kapas yang dijalankan oleh golongan petani Melayu. Namun begitu, 
perindustrian tersebut tidak memberikan impak yang besar terhadap ekonomi Tanah 
Melayu. Penggunaan kapas untuk kegunaan tempatan, pengeluaran dalam skala 
kuantiti yang kecil dan penglibatan orang Melayu secara persendirian dan 
sampingan telah menyebabkan perindustrian tersebut tidak mendapat sambutan 
dalam kalangan para pemodal.

                7.    Keluasan Ladang-ladang Getah
Perkembangan industri berasakan getah telah menyebabkan keluasan ladang-
ladang getah telah meningkat dari 168,000 ekar dalam tahun 1907 ke 1,230,000 
ekar pada tahun 1922. Pada tahun 1919, eksport getah Tanah Melayu telah 
mencapai hampir separuh daripada eksport getah dunia. Ini telah menjadikan Tanah 
Melayu sebagai salah sebuah negara pengeluar utama getah asli dunia. Ladang-
ladang getah telah banyak ditanam di bahagian barat Tanah Melayu dan   
buruh-buruh yang hampir 80 peratus adalah terdiri daripada kaum India. Berikutan 
itu, jumlah orang-orang India di Tanah Melayu bertambah daripada 119,000 orang 
pada tahun 1901 ke 470,181 orang dalam tahun 1921. Pada tahun 1921, penduduk             kaum India di Tanah Melayu adalah 14.2 peratus daripada jumlah penduduk Tanah 
Melayu. Menjelang tahun 1921, jumlah penduduk Cina dan India hampir sama 
dengan jumlah penduduk Melayu. Masyarakat Cina telah menghadapi masalah 
sosial disebabkan bilangan kaum lelaki melebihi kaum wanita. Kebanyakan dari 
orang-orang Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja adalah 
terdiri daripada kaum lelaki. Mereka telah meninggalkan keluarga dan isteri di asal 
negara mereka. 

 
Ladang getah di Tanah Melayu.

      8.   Kemunculan Sistem Dwiekonomi
            Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan penangkapan ikan tidak     

            diambil berat oleh British.Pertanian tradisional yg diamalkan oleh orang Melayu 
            terus ketinggalan dan berbentuk sara diri sahaja. Muncul sistem dwiekonomi di 
            Tanah Melayu yang terdiri daripada kegiatan ekonomi moden yang berlandaskan 
            eksport di Bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskan pertanian sara diri di 
            kawasan luar Bandar.
 
       9.  Peluang Pekerjaan
            Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyediakan peluang
            pekerjaan. Keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada aktiviti ekonomi dan 

            pembinaan infrastruktur di kawasan Bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih 
            timah dan getah.

  ii.            KESAN NEGATIF
Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu tidak menjadi seimbang. Negeri-negeri 
pantai barat seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi kaya 
kerana kegiatan perlombongan bijih timah berbanding dengan negeri-negeri di 
pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana di negeri-negeri 
tersebut British telah membina Infrastruktur yang lengkap. Pahang yang mempunyai 
keadaan geografi, masalah pengangkutan, kekurangan infrastruktur dan galian yang 
berharga terus merosot. Terengganu dan Kelantan yang tidak mempunyai potensi 
bijih timah dan getah. Ketinggalan dari aspek perkembangan ekonomi.


8 comments: