Sunday, September 21, 2014

Kesan Sosial daripada Penanaman Getah dan Perlombongan Bijih Timah di Tanah Melayu



KESAN-KESAN DARIPADA PENANAMAN GETAH DAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DI TANAH MELAYU


KESAN SOSIAL

i.              KESAN POSITIF

Terdapat buruh-buruh Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di kawasan lombong, khususnya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kebanyakan buruh Cina berasal dari selatan China dan mereka dibawa masuk melalui Sistem Kontrak. Menurut sistem ini, buruh Cina dibawa masuk Tanah Melayu oleh majikannya. Segala tambang perbelanjaan ditanggung oleh majikan. Makanan,pakaian, serta tempat tinggal  juga disediakan. Mereka terikat dengan majikan sebagai berhutang dengan majikan. Mereka dikehendaki bekerja dengan majikannya sehingga hutang mereka selesai dibayar. Setelah selesai hutang dibayar, kontrak mereka dianggap tamat dan mereka bebas untuk bekerja dengan majikan lain. Oleh itu, kemasukan buruh Cina telah menambahkan bilangan penduduk Tanah Melayu. Di samping itu, kemasukan buruh Cina telah melahirkan masyarakat majmuk di negara ini.


ii.            KESAN NEGATIF


Pada pertengahan abad ke-19, ramai buruh Cina telah memasuki ke Tanah Melayu melalui Negeri-Negeri Selat iaitu, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.Pembukaan perlombongan bijih timah telah mengakibatkan kekurangan tenaga buruh. Dengan itu, buruh-buruh Cina diambil bekerja dalam sektor perlombongan bijih timah. Buruh-buruh Cina telah membawa bersama kegiatan kongsi gelap yang sudah menjadi sebahagian kebudayaan mereka. Keadaan huru-hara dan rusuhan yang berlaku di China Selatan untuk menentang pemerintahan Manchu telah membawa kepada kelahiran kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad adalah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama lagi  selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi, kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina. Oleh itu, kongsi gelap telah diwujudkan secara langsung di Tanah Melayu.

            Apabila berlaku penghijrahan ke Tanah Melayu, orang Cina juga telah membawa bersama budaya berpuak-puak menyebabkan kegiatan kongsi gelap telah berleluasa di Tanah Melayu. Pada tahun 1876, sebanyak 60% penduduk berbangsa Cina di Tanah Melayu telah menjadi ahli kongsi gelap yang bertauliah.

Buruh-buruh Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu terpaksa berpisah dengan ahli keluarga mereka. Oleh itu, buruh-buruh Cina memerlukan perlindungan semasa bekerja dalam perlombongan bijih timah. Jadi, mereka berlindung di bawah pertubuhan kongsi gelap yang menawarkan perlindungan kepada buruh-buruh Cina. Sistem pengambilan buruh telah menggalakkan penubuhan kongsi gelap di Tanah Melayu. Pengambilan buruh Cina dijalankan oleh ejen-ejen buruh. Ejen-ejen buruh terdiri daripada ahli-ahli kongsi gelap.


Penduduk-penduduk Perak telah berkembang pesat dengan penghijrahan beramai-ramai buruh-buruh 
kaum Cina dan India untuk mengusahakan sektor perlombongan bijih dan ladang getah.
 
 Buruh India yang bekerja di ladang getah.


 
Kapitan Chung Ah Kwee, ketua kumpulan Kongsi Gelap Larut Hai San 1887. 


           
Khaw Boo Aun (1835 - 1906) Setiausaha Persatuan Ghee Hin Sum Hup, juga Pengurus kewangan Raja 
Abdullah.



Pelombong Ghee Hin.

No comments:

Post a Comment